awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran desak negara-negara Islam lipat ganda usaha henti jenayah perang Israel

Bernama
Bernama
02/12/2023
04:10 MYT
Iran desak negara-negara Islam lipat ganda usaha henti jenayah perang Israel
Amir-Abdollahian menekankan bahawa semua negara Islam mesti melipatgandakan usaha untuk menghentikan jenayah perang itu. -Gambar fail/AP
TEHRAN: Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian berkata tindakan rejim Zionis Israel melancarkan semula serangan terhadap rakyat Gaza menunjukkan sikap tidak kisah rejim ini terhadap permintaan masyarakat dunia.
Amir-Abdollahian menekankan bahawa semua negara Islam mesti melipatgandakan usaha untuk menghentikan jenayah perang itu.
Beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Oman Sayyid Badr al-Busaidi pada Jumaat.
"Semasa lawatan saya ke Beirut minggu lalu, saya dimaklumkan bahawa jika serangan rejim Israel berulang keadaan mungkin akan menjadi lebih buruk berbanding sebelum ini," kata Amir-Abdollahian, lapor Agensi Berita Iran.
Sejumlah warga awam Palestin, terutamanya kanak-kanak dan wanita terbunuh atau cedera pada Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan selepas tempoh jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza berakhir.
Jeda kemanusiaan sementara hasil daripada perantaraan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat itu berlangsung selama tujuh hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#rejim Zionis
#Palestin
#Hossein Amir-Abdollahian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan