awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran nafi bekalkan peluru berpandu balistik kepada Rusia

Bernama
Bernama
24/02/2024
10:06 MYT
Iran nafi bekalkan peluru berpandu balistik kepada Rusia
Media Barat pada Rabu memetik 'enam sumber' yang mendakwa Iran membekalkan sekitar 400 peluru berpandu balistik kepada Rusia.
NEW YORK: Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York menafikan laporan media Barat yang mendakwa negara itu membekalkan peluru berpandu balistik kepada Rusia untuk kegunaan dalam perang ke atas Ukraine.
"Meskipun tiada sekatan undang-undang terhadap penjualan peluru berpandu balistik, atas tanggungjawab moral Iran tidak melakukan transaksi senjata ketika konflik Rusia-Ukraine...Iran mendukung undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB," lapor Agensi Berita Iran IRNA memetik kenyataan wakil terbabit di platform X pada Jumaat.
Media Barat pada Rabu memetik 'enam sumber' yang mendakwa Iran membekalkan sekitar 400 peluru berpandu balistik (surface-to-surface) kepada Rusia.
Laporan itu mendakwa bahawa penghantaran bermula pada awal Januari selepas perjanjian dimuktamadkan ketika mesyuarat antara pegawai-pegawai tentera dan keselamatan Iran dan Rusia yang diadakan di Tehran dan Moscow akhir tahun lepas.
Menurut Irna, Tehran dan Moscow menyatakan bahawa penyediaan senjata buatan Iran kepada Rusia adalah sebahagian daripada kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#PBB
#peluru bepandu balistik
#Rusia
#perang
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan