Skip to main content
Advertisement

Dunia

'Iran sedia berdialog, tetapi tidak akan tunduk' - Pezeshkian

Iran's President Masoud Pezeshkian addresses the 81st United Nations General Assembly (UNGA) at UN headquarters in New York City, US, September 23, 2026. REUTERS/MIKE SEGAR
Pezeshkian ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-81 di ibu pejabat PBB di New York City, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata pada Rabu bahawa Tehran kekal terbuka kepada dialog dan rundingan, tetapi tidak akan menerima apa yang disifatkannya sebagai “bahasa kekerasan” atau rundingan yang dijalankan di bawah ancaman, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika berucap pada Sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Pezeshkian berkata Iran bersedia untuk berdialog tetapi tidak akan tunduk kepada tekanan.

“Kami tidak akan pernah tunduk,” katanya, sambil menjelaskan yang Iran bersedia untuk berunding dengan syarat rundingan itu tidak disertai ancaman.

Pezeshkian berkata terdapat hipokrasi yang jelas apabila Israel memiliki senjata nuklear dan bukan penandatangan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), “tetapi pemeriksa diminta datang ke Iran.”

“Israel membunuh lebih 70,000 orang tidak bersalah di Gaza dengan kejam, tetapi Iran, ketika berada di meja rundingan, dibom.”

Pezeshkian mengulangi dakwaan Iran bahawa negara itu tidak mengejar senjata nuklear. Bagaimanapun, beliau berkata Iran mempunyai hak untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan aman.

“Kami tidak akan tunduk dan melepaskan hak yang sememangnya menjadi milik kami,” kata Presiden Iran itu.

“Kami menyatakannya dengan jelas: Tiada senjata nuklear dan tiada sekatan terhadap teknologi nuklear untuk tujuan aman,” katanya.

 -- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement