Iran memperkukuh hubungannya dengan Syria menerusi kunjungan Menteri Pertahanannya Amir Hatami ke negara berkenaan pada Ahad.
Kunjungan dua hari Hatami itu turut dijangka memuktamadkan beberapa perjanjian termasuk berhubung ketenteraan dan pertahanan baharu melibatkan kedua-dua negara.
Hatami memaklumkan, Iran akan terus menyokong kerajaan Syria bagi memastikan keselamatan di rantau itu dipertingkatkan.
Tegasnya, kerjasama antara dua negara berkenaan tidak akan ditentukan kuasa asing.
"Bukan sahaja rakyat rantau ini, tetapi rakyat dunia turut terhutang budi kepada pertempuran terhadap pengganas di Syria," Hatami dilaporkan berkata kepada Presiden Syria Bashar al-Assad dalam satu pertemuan pada Ahad.
Israel sebelum ini melahirkan kegusarannya berhubung pengaruh Iran di Syria dengan menuduh republik itu cuba memperkukuhkan ketenteraannya dekat sempadan Israel.
Sementara itu, sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat terus menekan Iran agar mengundurkan tenteranya dari Syria.
Astro Awani
Sun Aug 26 2018

Amir Hatami (kiri) bertemu Bashar al Assad di Damsyik, Syria, dalam foto yang dikeluarkan Syrian Arab News Agency (SANA), 26 Ogos, 2018. SANA/Handout via REUTERS

Vaksin COVID-19 | Tidak salah kalau tidak suntik
Tiada kesalahan dalam peruntukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak penerimaan suntikan vaksin COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang Dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Krisis COVID-19 | AirAsia teroka penghantaran guna dron
Teleport iaitu cabang logistik di bawah AirAsia Digital akan meneroka penggunaan dron untuk menghantar barang.

Politik | Ahli UMNO jangan hilang fokus
Ahli UMNO tidak harus hilang fokus ketika parti itu sedang berdepan kemelut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Kekeluargaan | KPWKM cadang kursus selepas kahwin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian masih dalam peringkat untuk mempertimbangkan sama ada kursus itu wajib diambil oleh suami isteri tanpa mengira latar belakang agama dan sebaliknya.

Serangan Letupan | 10 maut, dalam letupan di Mogadishu
10 orang maut manakala lebih 30 yang lain cedera parah apabila sebuah kereta dipenuhi bahan letupan merempuh sebuah restoran popular di ibu kota Somalia pada Jumaat malam. Menurut jurucakap polis, Sadiq Ali, letupan itu adalah merupakan tindakan pengganas yang dikaitkan dengan golongan Al-Qaeda yang sering menyasarkan kawasan Mogadishu.

Lawatan Asia Barat | PM, isteri tiba di Riyadh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Geologi | Lebih 50 tapak geologi akan dikaji di Lenggong
Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dikaji untuk diperakukan sebagai Geopark Lembah Lenggong, sekaligus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak, selepas Geopark Lembah Kinta.

Lemas | Remaja dibawa arus masih belum ditemui
Seorang remaja perempuan yang dikhuatir lemas ketika berkelah di Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat, masih gagal dijumpai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat. Mangsa dikenali sebagai Nur Jannatul Alia Mohd Zamri dan berusia 13 tahun.

Teknologi VSAT | Bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

10 Berita Pilihan - (06 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Iran-Syria perkukuh kerjasama pertahanan
Kunjungan dua hari Hatami itu turut dijangka memuktamadkan beberapa perjanjian termasuk berhubung ketenteraan dan pertahanan baharu melibatkan kedua-dua negara.