awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tindakan komprehensif perlu dilaksana tangani jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak
MALAYSIA
Polis Sibu buru tahanan warga asing lolos dari lokap
DUNIA
Majlis Kebangsaan Palestin gesa bantuan segera untuk Semenanjung Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran tidak akan hentikan pembangunan industri nuklear selepas serangan ke atas kemudahan nuklear - AEOI

Bernama
Bernama
22/06/2025
09:29 MYT
Iran tidak akan hentikan pembangunan industri nuklear selepas serangan ke atas kemudahan nuklear - AEOI
AEOI mengesahkan kemudahan nuklear di Natanz, Fordow dan Isfahan telah diserang oleh "musuh". - AP
TEHRAN: Iran tidak berhasrat untuk menghentikan pembangunan industri nuklearnya selepas serangan ke atas beberapa kemudahan nuklear di Republik Islam itu, dan mengharapkan masyarakat antarabangsa mengecam serangan berkenaan, kata Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) dalam satu kenyataan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kami mengharapkan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan melanggar undang-undang yang berasaskan undang-undang rimba ini dan menyokong Iran dalam mencapai hak sahnya.
AEOI memberi jaminan kepada rakyat Iran bahawa meskipun terdapat komplot jahat musuh-musuhnya, dengan usaha ribuan ahli sainsnya, pembangunan industri nuklear negara tidak akan dibiarkan terhenti," menurut AEOI dalam hantaran di Telegram.
AEOI mengesahkan kemudahan nuklear di Natanz, Fordow dan Isfahan telah diserang oleh "musuh".
"Awal pagi ini, kemudahan nuklear di Fordow, Natanz dan Isfahan telah diserang oleh musuh Republik Islam Iran, satu tindakan kejam yang bertentangan dengan semua norma antarabangsa, khususnya Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear," katanya.
AEOI turut menyebut bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Namun begitu, agensi itu tidak menuduh Washington secara langsung.
Sementara itu di Doha, Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear dan Radiologi Arab Saudi memaklumkan bahawa tiada perubahan tahap radiasi dikesan di negara-negara Arab di Teluk Parsi, termasuk Arab Saudi, selepas serangan AS ke atas kemudahan nuklear Iran.
"Tiada kesan radioaktif terhadap alam sekitar kerajaan ini dan negara-negara Teluk dikesan akibat serangan tentera AS ke atas kemudahan nuklear Iran," menurut suruhanjaya itu di X.
Pusat keselamatan nuklear Iran juga memaklumkan bahawa tiada kesan pencemaran dikesan selepas serangan AS ke atas kemudahan nuklear negara itu.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#AEOI
#teknologi nuklear
#serangan Israel
#kemudahan
#industri nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami