Skip to main content

Dunia

Iran tidak terlibat dalam operasi terbaharu terhadap UAE - IRGC

Sumber: REUTERS
Zolfaghari menegaskan, Angkatan Tentera Iran tidak melaksanakan sebarang operasi peluru berpandu atau dron terhadap Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak beberapa hari kebelakangan ini. - Reuters

TEHRAN: Ibu Pejabat Pusat Khatam Al-Anbiya yang merupakan sebahagian daripada Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan bahawa Angkatan Tentera Iran tidak melaksanakan sebarang operasi peluru berpandu atau dron terhadap Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Jika sebarang tindakan diambil, kami akan mengumumkannya secara tegas dan jelas,” kata jurucakapnya, Leftenan Kolonel Ebrahim Zolfaghari, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Beliau sekaligus menolak laporan tidak berasas daripada Kementerian Pertahanan UAE.

Kementerian Pertahanan UAE pada Isnin melaporkan satu serangan peluru berpandu dan dron ke atas Pelabuhan Fujairah, namun beberapa jam kemudian, media Barat mendedahkan butiran baharu mengenai penglibatan langsung sistem pertahanan Israel dalam insiden itu.

-- BERNAMA-IRNA

 

 

Must Watch Video