awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq beri amaran 'perang serantau' jika Turki enggan undur tentera

Agensi
Agensi
05/10/2016
09:33 MYT
Iraq beri amaran 'perang serantau' jika Turki enggan undur tentera
Al-Abadi memberitahu, Iraq tidak mahu ada konfrontasi dengan Turki. - Foto AFP
Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi memberi amaran kepada Turki bahawa membiarkan pasukan tentera di utara Iraq boleh mencetuskan ‘perang serantau’.
Kata-kata itu dipetik daripada komen yang disiarkan di saluran televisyen negara itu pada Rabu.
Al-Abadi, yang bercakap dalam sidang media pada Selasa, memberi reaksi terhadap keputusan Parlimen Turki minggu lalu untuk memberi mandat bagi melanjutkan operasi ketenteraan terhadap ancaman organisasi pengganas di Iraq dan Syria sehingga setahun lagi.
“Kami sudah lebih daripada sekali meminta pihak Turki supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal Iraq dan saya khuatir jika tindakan Turki itu boleh bertukar menjadi peperangan serantau.
"Sifat kepimpinan Turki tidak boleh diterima dan kami tidak mahu terlibat dengan konfrontasi ketenteraan dengan Turki,” ujarnya.
Parlimen Iraq juga pada Selasa mengecam keputusan Parlimen Turki.
Sementara itu, Turki memberitahu bahawa pihaknya menghantar pasukan di pangkalan dekat utara Iraq pada tahun lalu sebagai sebahagian daripada misi antarabangsa untuk melatih dan menyiapkan angkatan tentera Iraq dalam menentang Daish.
Daish menguasai kawasan yang luas di bahagian selatan wilayah sempadan, iaitu sekitar bandar Mosul, serta di Syria.
Kerajaan Iraq berkata, pihaknya tidak pernah mempelawa pasukan tentera dari Turki dan menganggap kehadiran mereka sebagai ‘menceroboh’.
Topic Berkaitan
#daish
#Haider Al-Abadi
#Iraq
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan