awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iraq sekat aplikasi telegram susulan kebimbangan keselamatan

Bernama
Bernama
07/08/2023
03:58 MYT
Iraq sekat aplikasi telegram susulan kebimbangan keselamatan
Kementerian Perhubungan negara itu menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan disekat ekoran isu "keselamatan negara dan demi melindungi data peribadi rakyat". - Foto REUTERS
KAHERAH: Iraq pada Ahad menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.
Kementerian Perhubungan negara itu menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan disekat ekoran isu "keselamatan negara dan demi melindungi data peribadi rakyat".
Pihak berkuasa negara gagal mendapatkan kerjasama dari syarikat yang mengendalikan perkhidmatan itu daripada menyebarkan data rasmi dan peribadi.
Penggunaan aplikasi Telegram sangat meluas di Iraq - malah dalam beberapa bahagian kerajaan.
Aplikasi ini juga sebahagiannya digunakan oleh anggota militan pro-Iran. Dalam sesetengah kes, nama atau data peribadi pasukan keselamatan yang lain telah disebarluas di Telegram, seperti yang berlaku selepas rusuhan ganas di Iraq pada musim luruh 2021.
Militant Daish, yang pernah menguasai beberapa kawasan di Iraq dan negara jiran Syria, turut menyebarkan dakyah mereka melalui Telegram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telegram
#Iraq
#daish
#militan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan