awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ireland Utara dilanda malam ketiga rusuhan

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2025
01:50 MYT
Ireland Utara dilanda malam ketiga rusuhan
Polis kini menyiasat kerosakan harta benda di Ballymena sebagai jenayah kebencian bermotif perkauman. - Foto AP
BALLYMENA: Ireland Utara terus bergolak apabila rusuhan awam tercetus untuk malam ketiga berturut-turut pada Rabu, walaupun kawasan utama yang sebelum ini menjadi tumpuan kekacauan dilaporkan lebih tenang.
Insiden terbaru ini menyusuli dua malam keganasan di Ballymena, di mana puluhan kenderaan dan rumah dibakar, dan lebih 30 anggota polis cedera dalam apa yang digambarkan pihak berkuasa sebagai “keganasan bermotif perkauman”.
Pada malam Rabu, kira-kira 200 orang berkumpul di Ballymena, namun ketegangan tidak memuncak seperti sebelumnya.
Polis menggunakan pembesar suara untuk memberi amaran kepada orang ramai agar bersurai, sambil kenderaan perisai perlahan-lahan mengawal pergerakan mereka.
Hanya dua batu dilemparkan ke arah van polis dan seorang individu menendang bonet kenderaan, menurut saksi Reuters.
Rusuhan ini tercetus selepas dua remaja lelaki berusia 14 tahun dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis remaja.
Kedua-dua mereka menafikan tuduhan tersebut dalam prosiding mahkamah yang dijalankan dengan bantuan jurubahasa Romania.
Polis kini menyiasat kerosakan harta benda di Ballymena sebagai jenayah kebencian bermotif perkauman.
Sebuah pusat rekreasi di Larne turut menjadi sasaran apabila kumpulan bertopeng memecahkan tingkap dan membakar bangunan tersebut, walaupun kesahihan rakaman video insiden itu masih belum dapat disahkan.
Ketua Polis Ireland Utara menggesa orang ramai agar tidak “menggadaikan masa depan mereka dengan keganasan yang sia-sia”, sambil menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku rusuhan.
Topic Berkaitan
#rusuhan
#serangan seksual
#keganasan
#perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami