TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengeluarkan amaran keras untuk melancarkan serangan tanpa batasan terhadap Israel sekiranya rejim itu terus menyasarkan penduduk awam di Lubnan dan Gaza.
Menerusi kenyataan yang dipetik oleh agensi berita IRNA, IRGC menuduh Israel mengeksploitasi keadaan perang semasa untuk melakukan jenayah perang yang meluas terhadap orang awam di Palestin dan Lubnan.
Advertisement
Pihak berkuasa Iran menegaskan bahawa tindakan ketenteraan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa tindak balas yang setimpal.
Kenyataan itu turut memberi amaran bahawa sekiranya serangan ke atas orang awam tidak dihentikan, IRGC akan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron secara besar-besaran terhadap kedudukan tentera Israel di utara negara itu serta kawasan berhampiran sempadan Gaza.
Amaran terbaharu ini meningkatkan lagi kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kemungkinan berlakunya pertempuran lebih hebat di rantau Asia Barat, ketika ketegangan di antara Tehran dan Tel Aviv dilaporkan berada pada tahap paling kritikal.