awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islamofobia semakin berleluasa di Eropah

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2023
00:50 MYT
Islamofobia semakin berleluasa di Eropah
Golongan wanita turut mengambil bahagian menunjukkan protes terhadap kejadian bakar al-Quran di Sweden, dalam demonstrasi di Lubnan, 21 Julai 2023. - REUTERS
COPENHAGEN: Sebuah kumpulan kecil aktivis anti-Islam mencetuskan lagi kemarahan umat Islam apabila membakar al-Quran di hadapan kedutaan Mesir dan Turki di Copenhagen, Denmark pada Selasa selepas insiden sama berlaku di Sweden beberapa minggu lalu.
Denmark dan Sweden berkata, mereka 'sangat kesal' dengan pembakaran kitab suci al-Quran tetapi tidak dapat menghalangnya di bawah peraturan yang melindungi kebebasan bersuara.
Minggu lalu, penunjuk perasaan di Iraq membakar kedutaan Sweden di Baghdad yang marah dengan insiden sama.
Tunjuk perasaan dan pembakaran kitab suci di Copenhagen dilakukan kumpulan digelar 'Patriot Denmark'.
Kementerian Luar Turki pada Selasa mengutuk sekeras-kerasnya 'serangan berterusan' terhadap al-Quran, sambil menambah pihak berkuasa Denmark membenarkan tindakan ini bermakna mereka tidak melihat 'kesan teruk' balasan yang akan diterima.
Pada Isnin, Turki menggesa Denmark mengambil langkah perlu bagi menghalang 'kebencian terhadap Islam'.
Bahrain pada Selasa memanggil utusan khas Sweden dan menyerahkan surat bantahan yang membenarkan pembakaran al-Quran di Stockholm.
Kementerian Luar Iraq pada Isnin menggesa pihak berkuasa negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk segera mempertimbangkan semula kebebasan bersuara dan hak untuk berdemonstrasi.
Kementerian Luar Mesir pada Selasa melakukan tindakan sama dengan memanggil duta Sweden untuk mengecam tindakan tersebut. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bakar al-Quran
#kebebasan bersuara
#Islamofobia
#serangan terhadap al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan