awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu

Agensi
Agensi
17/04/2024
22:30 MYT
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet pada Rabu bahawa Israel akan memutuskan sendiri bagaimana untuk bertindak balas terhadap serangan hujung minggu lalu oleh Iran. - Gambar fail REUTERS
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet pada Rabu bahawa Israel akan memutuskan sendiri bagaimana untuk bertindak balas terhadap serangan hujung minggu lalu oleh Iran.
Netanyahu berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar United Kingdom dan Jerman hari ini serta berhubung dengan dengan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Selasa.
“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan kami atas sokongan mereka untuk pertahanan Israel… mereka juga berkongsi pelbagai cadangan dan nasihat… saya menghargainya.
“Tetapi saya ingin menjelaskan, kami (Israel) akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri,” kata Netanyahu..
Kenyataan Netanyahu itu dibuat ketika negara-negara Barat merayu agar negara itu menahan diri dalam bertindak balas terhadap serangan daripada Iran.
Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan kumpulan negara perindustrian G7 semuanya mengumumkan rancangan untuk mempertimbangkan sekatan yang lebih ketat ke atas Iran, yang dilihat bertujuan untuk melemahkan Israel dan memujuknya untuk mengekang tindakan balas terhadap serangan langsung Iran yang pertama selepas berdekad.
Iran melancarkan serangan itu sebagai tindakan balas terhadap serangan udara Israel yang disyaki di perkarangan kedutaannya di Damsyik pada 1 April lalu.
Israel dan beberapa sekutunya menembak jatuh semua peluru berpandu dan dron Israel serta tiada kematian yang direkodkan.
Bagaimanapun, Israel menegaskan, ia membalas dendam untuk mengekalkan kredibiliti penghalangnya. Iran berpendapat, hal itu sudah selesai, namun, akan tetap membalasn ya semula jika Israel melakukannya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Benjamin Netanyahu
#Iran serang Israel
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan