awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel cabul undang-undang antarabangsa - Guterres

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2023
00:15 MYT
Israel cabul undang-undang antarabangsa - Guterres
Guterres ketika mengadakan lawatan ke Rafah di sempadan Mesir-Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sifatkan wujud pencabulan jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Semenanjung Gaza.
Beliau merayu supaya nyawa penduduk awam dalam perang Israel dan Palestin terus dilindungi.
Tegas Guterres pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, adalah jelas wujud peraturan dalam perang dan dalam waktu kritikal ketika ini, menjadi satu keperluan untuk mematuhinya.
"Adalah penting untuk memperakui, serangan Hamas tidak berlaku secara tiba-tiba. Penduduk Palestin telah menjadi mangsa pencerobohan selama 56 tahun.
"Mereka menyaksikan tanah mereka bertukar menjadi penempatan haram yang diperoleh menerusi keganasan. Ekonomi mereka musnah, penduduknya menjadi pelarian, kediaman mereka diruntuhkan. Harapan mereka untuk penyelesaian politik semakin menghilang.
Tetapi kesedihan penduduk Palestin tidak boleh dijustifikasi dengan serangan Hamas. Serangan ini juga tidak boleh menjadi punca hukuman ke atas penduduk Palestin," katanya.
Israel telah mengenakan sekatan sepenuhnya ke atas Gaza.
Diplomasi antarabangsa kini tertumpu kepada usaha membawa bantuan memasuki wilayah yang menempatkan 2.3 juta penduduk menerusi sempadan Rafah.
Guterres turut memalumkan 35 kakitangan PBB terbunuh dalam serangan ke atas Gaza.
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Palestin
#rejim Zionis
#Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan