TEL AVIV: Israel pada Rabu menuduh dan mendakwa kumpulan pejuang Hamas dan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA) sebagai penghalang kepada kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.

Jurucakap kerajaan Israel, Eylon Levy mendakwa, bantuan ke Gaza tidak pernah cukup disebabkan pihak Hamas merampas bantuan itu sambil dilindungi oleh UNRWA.

"Malangnya, setakat ini, mekanisme bantuan PBB di Gaza tidak berjaya, kerana ia melalui UNRWA.

"Bantuan tidak sampai kepada orang yang memerlukannya, kerana Hamas merampasnya dan UNRWA menutupinya," katanya.

Ujarnya lagi, pihak PBB sedang bergelut untuk mengagihkan bantuan mengikut ketetapan yang telah dipersetujui Israel.

Beliau juga mendakwa pada Rabu, lintasan Kerem Shalom ditutup oleh PBB untuk pengurusan semula tunggakan penghantaran bantuan kemanusian.

Sebelum ini, beliau juga mendakwa bahawa PBB mengamalkan sikap berat sebelah apabila tidak menyokong Israel sepenuhnya seperti mana yang dilakukan kepada kumpulan pejuang Hamas.

Bebagai tindak balas, Israel mengumumkan tidak akan lagi memberikan visa secara automatik kepada mana-mana petugas PBB.