TEL AVIV: Israel pada Rabu menuduh dan mendakwa kumpulan pejuang Hamas dan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin (UNRWA) sebagai penghalang kepada kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Jurucakap kerajaan Israel, Eylon Levy mendakwa, bantuan ke Gaza tidak pernah cukup disebabkan pihak Hamas merampas bantuan itu sambil dilindungi oleh UNRWA.
"Malangnya, setakat ini, mekanisme bantuan PBB di Gaza tidak berjaya, kerana ia melalui UNRWA.
"Bantuan tidak sampai kepada orang yang memerlukannya, kerana Hamas merampasnya dan UNRWA menutupinya," katanya.
Ujarnya lagi, pihak PBB sedang bergelut untuk mengagihkan bantuan mengikut ketetapan yang telah dipersetujui Israel.
Beliau juga mendakwa pada Rabu, lintasan Kerem Shalom ditutup oleh PBB untuk pengurusan semula tunggakan penghantaran bantuan kemanusian.
Sebelum ini, beliau juga mendakwa bahawa PBB mengamalkan sikap berat sebelah apabila tidak menyokong Israel sepenuhnya seperti mana yang dilakukan kepada kumpulan pejuang Hamas.
Bebagai tindak balas, Israel mengumumkan tidak akan lagi memberikan visa secara automatik kepada mana-mana petugas PBB.
Astro Awani
Thu Dec 28 2023
Eylon Levy mendakwa, bantuan ke Gaza tidak pernah cukup disebabkan pihak Hamas merampas bantuan itu sambil dilindungi oleh UNRWA. - Foto REUTERS
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Israel dakwa bantuan kemanusiaan ke Gaza dihalang oleh Hamas, PBB
Eylon Levy mendakwa, bantuan ke Gaza tidak pernah cukup disebabkan pihak Hamas merampas bantuan itu sambil dilindungi oleh UNRWA.