Skip to main content

Dunia

Israel dakwa bunuh ketua rangkaian kewangan Hamas dalam serangan udara

Menurut kenyataan rasmi tentera rejim, kedua-dua individu tersebut didakwa bertanggungjawab mengendalikan transaksi pemindahan wang bernilai puluhan juta dolar kepada sayap tentera Hamas di Gaza sepanjang konflik. -Foto fail/Reuters

Advertisement

GAZA: Tentera Israel mendakwa telah membunuh ketua rangkaian pemindahan kewangan Hamas, Khader Jamasi, bersama timbalannya, Muhammad Harazin, dalam satu serangan udara di utara Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan rasmi tentera rejim, kedua-dua individu tersebut didakwa bertanggungjawab mengendalikan transaksi pemindahan wang bernilai puluhan juta dolar kepada sayap tentera Hamas di Gaza sepanjang konflik.

Advertisement

Pihak tentera mendakwa operasi kewangan terbabit dilakukan menerusi rangkaian yang melibatkan puluhan pengurup wang (money exchangers).

Advertisement

Namun, kenyataan itu tidak mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Tentera Israel turut memaklumkan bahawa operasi tersebut dilaksanakan pada Ahad lalu dengan kerjasama agensi perisikan dalaman, Shin Bet.

Sehingga kini, pihak Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan itu.

Must Watch Video

Advertisement