JERUSALEM: Rejim Zionis Israel mendakwa, pejuang Hamas telah kehilangan kawalan di utara Gaza pada Rabu.

Jurucakap Israel, Daniel Hagari berkata, andaian itu dibuat susulan dakwaan rakyat Gaza telah berpindah dari utara ke selatan Gaza.

Katanya, mereka berpindah dengan memahami bahawa Hamas telah hilang kawalan di utara.

Hagari menambah, tidak akan ada gencatan senjata tetapi Israel telah membenarkan jeda kemanusiaan pada masa tertentu untuk membolehkan penduduk berpindah ke selatan.

Hagari membuat dakwaan itu semasa sidang akhbar harian mengenai peperangan pada Rabu.

Penduduk dan kumpulan hak asasi manusia berkata, ramai orang masih terlalu takut untuk bergerak ke selatan kerana konvoi telah diserang oleh Zionis Israel.