awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2024
01:50 MYT
Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas
Al Jazeera berkata, rangkaian itu melihat tuduhan rekaan ini sebagai percubaan terang-terangan untuk menutup mulut beberapa wartawan yang tinggal di rantau berkenaan. - Foto fail/pressemblem
TEL AVIV: Tentera Israel mendakwa enam warga Palestin di Gaza yang bekerja sebagai wartawan Al Jazeera merupakan anggota pejuang Hamas.
Dakwaan itu disifatkan rangkaian berita Qatar berkenaan sebagai percubaan Israel untuk menutup mulut wartawan.
Dalam satu kenyataan, Al Jazeera berkata, pihaknya mengecam tuduhan Israel terhadap wartawannya di Gaza dan memberi amaran bahawa ia sekadar justifikasi Israel untuk menyasarkan mereka.
Tentera Israel menerbitkan dokumen yang dikatakan ditemui di Gaza yang membuktikan lelaki itu mempunyai hubungan ketenteraan dengan kumpulan tersebut.
Tentera Israel mendakwa, dokumen itu termasuk Hamas dan Jihad Islam senarai butiran kakitangan, gaji dan kursus latihan, direktori telefon dan laporan kecederaan.
Al Jazeera berkata, rangkaian itu melihat tuduhan rekaan ini sebagai percubaan terang-terangan untuk menutup mulut beberapa wartawan yang tinggal di rantau berkenaan.
Tambahnya, ia sengaja untuk mengaburi realiti perang yang keras daripada seluruh dunia.
Israel telah lama menuduh Al Jazeera sebagai jurucakap Hamas dan sejak setahun lalu pihak berkuasanya telah mengarahkannya untuk menutup operasi atas sebab keselamatan, menyerbu pejabat dan merampas peralatan.
Al Jazeera sifatkan tindakan Israel terhadapnya adalah jenayah, kejam dan tidak bertanggungjawab serta dakwaan terbaru adalah "sebahagian daripada corak permusuhan yang lebih luas" terhadapnya.
Rangkaian itu mempertahankan ia tidak mempunyai kaitan dengan pejuang Hamas dan menuduh tentera Israel dengan sengaja membunuh beberapa wartawannya dalam perang Gaza, termasuk Samer Abu Daqqa dan Hamza Aldahdooh.
Qatar menubuhkan Al Jazeera pada 1996 dan melihat rangkaian itu sebagai satu cara untuk memperkukuh profil globalnya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#wartawan
#Al Jazeera
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan