awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel halang bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kawalan sempadan, kata Wakil Tinggi EU

Bernama
Bernama
16/03/2024
13:00 MYT
Israel halang bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kawalan sempadan, kata Wakil Tinggi EU
Terdapat bukti bahawa Israel menghalang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza, kata Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Josep Borrell pada Jumaat. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Terdapat bukti bahawa Israel menghalang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza, kata Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Josep Borrell pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
"Jika ada kebuluran. Mengapa ada kebuluran? Kerana tiada bantuan kemanusiaan yang masuk untuk membantu orang-orang itu? Dan mengapa begitu? Kerana Israel mengawal sempadan dan tidak membenarkan bantuan kemanusiaan masuk," katanya kepada televisyen PBS di Amerika Syarikat (AS).
Ditanya mengenai kenyataan beliau bahawa terdapat kebuluran di Gaza beliau berkata: "Ya, ia adalah kebuluran di Gaza. Beratus-ratus ribu orang kebuluran termasuk ramai kanak-kanak yang hanya menunggu ajal menjemput mereka.
"Anda menghalang bantuan kemanusiaan daripada datang dan orang ramai sedang kebuluran, bukankah itu sebab dan akibat yang logik?" soal Borrell.
Borrell sebelum ini mendakwa Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang di Gaza dan menekankan bahawa kawalan Israel terhadap sempadan Gaza sebagai punca krisis bantuan kemanusiaan yang berterusan.
Mengulas lanjut Borrell berkata semakin ramai orang, termasuk di AS dan secara global bimbang tentang serangan Israel ke atas Gaza yang beliau gambarkan sebagai "pembunuhan beramai-ramai."
Borrell mengulangi bahawa EU memihak kepada penyelesaian dua negara untuk menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan