awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel lancar serangan di Tebing Barat, 14 terkorban

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2023
01:40 MYT
Israel lancar serangan di Tebing Barat, 14 terkorban
Pejuang Palestin bertempur dengan anggota tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. - Foto AP
TEBING BARAT: Selepas mengepung Gaza dan membunuh ramai penduduk awam di wilayah itu, rejim Israel melancarkan serangan bertubi-tubi tanpa henti pula di Tebing Barat.
Ia susulan 14 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran paliing dahsyat di kawasan itu dalam tempoh beberapa bulan.
Tentera Israel menyerbu bandar Jenin dengan pertempuran bersenjata dilancarkan dalam tempoh berjam-jam lamanya.
Imej dipaparkan turut menunjukkan asap putih dan serpihan tembakan bertaburan di atas jalan.
Menurut saksi, tembakan kedengaran selama berjam lamanya di antara Israel dengan ratusan pejuang.
Israel kini menyasarkan operasi di bandar Jenin, lokasi kem pelarian atas dakwaan untuk menghapuskan kumpulan pejuang.
Mereka menggunakan teknologi dron yang canggih untuk tujuan itu.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, antara yang terbunuh ialah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
Pertempuran juga berlaku di kawasan lain di Tebing Barat dengan kematian dilaporkan berhampiran Baitulaham, Nablus dan Hebron serta di pinggir Ramallah.
Sekurang-kurangnya 178 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat sejak serangan 7 Oktober dari Gaza ke atas Israel.
Topic Berkaitan
#Tebing Barat
#serangan
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan