Rejim Israel buat pertama kalinya mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Abu Jihad, bekas orang nombor dua Pertubuhan Pembebasan Palestin, PLO.

Abu Jihad ditembak mati dalam satu serbuan di ibu pejabat PLO di Tunis pada April, 1988.

Menurut laporan akhbar Israel, rancangan pembunuhan telah dilakukan ejen risikan Mossad dan telah dilaksanakan oleh unit komando rejim, Sayeret Matkal.

Abu Jihad atau nama sebenarnya Khalil al-Wazir, adalah juga teman rapat dan sekutu kuat bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat.