awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel pukul, tahan penduduk Palestin ketika bersedia berbuka puasa

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2022
22:30 MYT
Israel pukul, tahan penduduk Palestin ketika bersedia berbuka puasa
Pasukan keselamatan Israel melakukan rondaan di luar Pintu Damsyik. - Foto Agensi/Sinar Harian
BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel menyerang dan menahan penduduk Palestin yang berkumpul di Bab al-Amoud atau Pintu Damsyik selama tiga malam berturut-turut.
Pintu Damsyik merupakan salah sebuah pintu masuk utama ke Kota Lama untuk menyambut bulan Ramadan.
Agensi berita Palestin, Ma'an berkata, tentera Zionis menggunakan gas pemedih mata dan bom bunyi untuk menyuraikan penduduk Palestin yang berkumpul untuk berbuka puasa di Bab al- Amoud pada malam Isnin.
Tambahnya, sekurang-kurangnya enam pemuda Palestin ditangkap semasa pertempuran itu manakala tiga lagi ditahan pasukan khas Israel yang menyamar.
Menurut media Palestin, Zionis merampas Bab al-Amoud sejak awal Ramadan dan menjadikan kawasan itu sebagai berek tentera dengan menempatkan sejumlah besar pasukannya di sana.
Keganasan terbaharu itu berlaku selepas polis Israel menahan 10 penduduk Palestin dan mencederakan 20 yang lain di kawasan sama pada Ahad.
Pegawai agensi media Wafa berkata, konfrontasi bermula sleepas polis Israel meningkatkan kehadiran pasukannya secara besar-besaran di kawasan tersebut dan meletakkan penghadang di kedua-dua bahagian sejak mula Ramadan. - Agensi
*Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gas pemedih mata
#Israel
#berbuka puasa
#Pintu Damsyik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan