awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel tetap degil tolak gencatan senjata

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2023
23:45 MYT
Israel tetap degil tolak gencatan senjata
Netanyahu dengan bongkak melaungkan amaran akan meneruskan peperangan dengan pejuang Hamas. - Foto REUTERS
JERUSALEM: Israel tetap berdegil menolak gesaan antarabangsa yang semakin meningkat untuk gencatan senjata di Gaza, pada Ahad.
Alasan diberikan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu adalah mereka menuntut semua lebih 240 tebusan yang ditawan pejuang Hamas semasa serangan 7 Oktober dipulangkan.
Netanyahu dengan bongkak melaungkan amaran akan meneruskan peperangan dengan pejuang Hamas.
Tentera Zionis itu telah menggunakan gabungan tentera darat bersama-sama dengan kuasa udara dan tentera laut untuk mengempur Gaza dan memperdalam pencerobohannya.
Tindakan itu bertujuan untuk memusnahkan infrastruktur Hamas dan membunuh pemimpin kanan serta sistem perintah dan kawalannya.
Israel telah menembusi jauh ke Gaza mengelilingi bandar Gaza dan terlibat dalam pertempuran bandar dengan pejuang Hamas.
Tekanan antarabangsa untuk gencatan senjata kini memuncak dengan terbaharu apabila Menteri-Menteri Luar dari Qatar, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken di Amman, Jordan pada Sabtu.
Mereka menggesa Blinken untuk mendesak Israel supaya bersetuju dengan gencatan senjata.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menuntut gencatan senjata segera sebelum ini apabila beliau bertemu Blinken semasa lawatan mengejut diplomat tertinggi AS itu ke Tebing Barat.
Blinken berada di rantau itu buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menghalang perang Israel-Hamas daripada merebak.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan