Israel tingkat belanjawan pertahanan 2026 kepada AS$34.7 bilion ketika gencatan senjata di Gaza

Peningkatan peruntukan itu bertujuan memenuhi keperluan anggota tentera dan mengurangkan beban ke atas pasukan simpanan. -Gambar fail/AP
TEL AVIV: Israel mengumumkan peruntukan belanjawan pertahanan bagi tahun 2026 sebanyak 112 bilion shekel (AS$34.7 bilion atau RM142.7 bilion).
Ringkasan AI
- Israel mengumumkan peruntukan belanjawan pertahanan bagi tahun 2026 sebanyak 112 bilion shekel (AS$34.7 bilion atau RM142.7 bilion), meningkat dari draf asal sebanyak 90 bilion shekel, meskipun negara itu sedang dalam tempoh gencatan senjata dengan Hamas di Gaza dan Hezbollah di Lubnan.
- Peningkatan peruntukan bertujuan memenuhi keperluan anggota tentera dan mengurangkan beban ke atas pasukan simpanan, yang memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan sejak konflik meletus pada Oktober 2023.
- Meskipun ada gencatan senjata, tindakan keganasan masih berlaku di Gaza, memberikan kebimbangan terhadap kemungkinan perang berskala penuh disambung semula; belanjawan pertahanan yang tinggi mencerminkan kesediaan Israel menghadapi konflik berpanjangan, walau tekanan antarabangsa untuk mengekalkan keamanan di rantau tersebut.
Katz berkata, peningkatan peruntukan itu bertujuan memenuhi keperluan anggota tentera dan mengurangkan beban ke atas pasukan simpanan, yang memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan sejak konflik meletus pada Oktober 2023.
Menurut pejabat Smotrich, belanjawan pertahanan 2026 mencatat kenaikan sebanyak 47 bilion shekel (AS$14.5 bilion atau RM59.6 bilion) berbanding tahun 2023, iaitu sebelum tercetusnya perang di Gaza.
Kos keseluruhan konflik dengan Hamas dan Hezbollah pada tahun 2024 sahaja dianggarkan mencecah AS$31 bilion (RM127.4 billion), menjadikannya antara perbelanjaan ketenteraan tertinggi dalam sejarah Israel.
Meskipun terdapat gencatan senjata yang diumumkan pada Oktober lalu, laporan dari Gaza menunjukkan serangan artileri dan tembakan helikopter masih berlaku di beberapa kawasan seperti Khan Younis, mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan perang berskala penuh disambung semula.
Penganalisis politik dan keselamatan menyifatkan peningkatan belanjawan ini sebagai petunjuk bahawa Israel masih bersedia untuk menghadapi konflik berpanjangan, meskipun terdapat tekanan antarabangsa untuk mengekalkan keamanan di rantau tersebut.
Belanjawan yang dicadangkan kini sedang melalui proses perbahasan kabinet dan dijangka dibentangkan untuk undian awal di Knesset dalam masa terdekat.
Sekiranya gagal diluluskan sebelum tarikh akhir, Israel berdepan risiko pembubaran parlimen dan pilihan raya baharu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah peruntukan belanjawan pertahanan yang diumumkan oleh Israel bagi tahun 2026? A: Israel mengumumkan peruntukan belanjawan pertahanan sebanyak 112 bilion shekel (AS$34.7 bilion atau RM142.7 bilion) bagi tahun 2026.
- Q: Apa yang menyebabkan peningkatan jumlah peruntukan belanjawan pertahanan tersebut berbanding dengan draf awal? A: Peningkatan jumlah peruntukan belanjawan pertahanan itu disebabkan oleh persetujuan di antara Menteri Pertahanan, Israel Katz, dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, dengan matlamat memenuhi keperluan anggota tentera dan mengurangkan beban ke atas pasukan simpanan.
- Q: Berapakah kenaikan jumlah belanjawan pertahanan bagi tahun 2026 berbanding dengan tahun 2023? A: Belanjawan pertahanan 2026 mencatat kenaikan sebanyak 47 bilion shekel (AS$14.5 bilion atau RM59.6 bilion) berbanding tahun 2023 sebelum tercetusnya perang di Gaza.
- Q: Apakah anggaran kos keseluruhan konflik dengan Hamas dan Hezbollah pada tahun 2024? A: Kos keseluruhan konflik dengan Hamas dan Hezbollah pada tahun 2024 dianggarkan mencecah AS$31 bilion (RM127.4 bilion), menjadikannya antara perbelanjaan ketenteraan tertinggi dalam sejarah Israel.
- Q: Apakah implikasi jika belanjawan yang dicadangkan gagal diluluskan sebelum tarikh akhir? A: Sekiranya belanjawan yang dicadangkan gagal diluluskan sebelum tarikh akhir, Israel berdepan dengan risiko pembubaran parlimen dan pilihan raya baharu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

