awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat banjiri Zoo Ueno pada tontonan terakhir panda Xiao Xiao, Lei Lei di Jepun

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2026
09:30 MYT
Peminat banjiri Zoo Ueno pada tontonan terakhir panda Xiao Xiao, Lei Lei di Jepun
Kepulangan Xiao Xiao dan Lei Lei bakal meninggalkan Jepun tanpa seekor pun panda buat kali pertama sejak 1972, menandakan berakhirnya era panjang ‘panda diplomacy’ di antara Beijing dan Tokyo. -Foto fail/AP
TOKYO: Ribuan peminat panda membanjiri Taman Zoologi Ueno hari ini bagi sesi terakhir menatap pasangan panda kembar Xiao Xiao dan Lei Lei sebelum kedua-duanya dihantar pulang ke China pada 27 Januari.
Kepulangan Xiao Xiao dan Lei Lei bakal meninggalkan Jepun tanpa seekor pun panda buat kali pertama sejak 1972, menandakan berakhirnya era panjang ‘panda diplomacy’ di antara Beijing dan Tokyo.
Menurut Kerajaan Metropolitan Tokyo, sebanyak 4,400 slot tontonan disediakan melalui tempahan awal, namun permintaan melonjak sehingga 24.6 kali ganda, mencerminkan peningkatan populariti pasangan panda berusia empat tahun itu dalam kalangan rakyat Jepun.
Walaupun masa tontonan dihadkan kepada satu minit, peminat tetap beratur panjang sambil merakam gambar, membawa barangan bertema panda dan memanggil nama kedua-duanya.
Sebilangan pengunjung yang gagal mendapatkan tiket tetap hadir ke kawasan zoo hanya untuk merasai detik terakhir sebelum pasangan panda itu berlepas ke Sichuan, China.
Seorang peminat tegar, Machiko Seki, berkata beliau mengikuti keluarga panda itu sejak kehadiran Shin Shin dan Ri Ri, ibu dan bapa kepada Xiao Xiao dan Lei Lei, lebih sedekad lalu.
“Ia seperti menutup sebuah kisah keluarga,” kata Seki.
Xiao Xiao dan Lei Lei dilahirkan di Jepun pada 2021 tetapi kekal sebagai milik China di bawah program panda diplomacy, di mana Beijing meminjamkan panda sebagai simbol hubungan dua hala.
Namun ketegangan diplomatik semasa antara Jepun dan China menjadikan kemungkinan memperoleh panda baharu amat tipis.
Meskipun begitu, peminat tetap berharap hubungan kedua-dua negara akan pulih pada masa hadapan agar panda dapat kembali ke Jepun.
Topic Berkaitan
#diplomasi panda
#Xiao Xiao dan Lei Lei
#China-Jepun
#zoo ueno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan