COLOMBIA:Isteri Presiden Colombia, María Juliana Ruiz Sandoval disahkan positif COVID-19 dalam ujian saringan yang dijalankan.

Perkara itu disahkan Pejabat Presiden Colombia pada Selasa, yang turut memberitahu Presiden Iván Duque bagaimanapun dilaporkan negatif virus berkenaan.

"Buat masa ini, Wanita Pertama Colombia tidak menunjukkan sebarang gejala, dan sedang mematuhi protokol kuarantin yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan," kata kenyataan pejabat presiden.

Tambah kenyataan itu, sejak awal kemunculan pandemik itu, kedua-dua figura penting Colombia itu perlu menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 secara berkala memandangkan mereka terdedah pada banyak acara dan interaksi.

Dalam minggu kebelakangan ini, Sandoval membuat lawatan di kepulauan San Andres dan Providencia, di barat laut Choco, bagi menyantuni mangsa bencana banjir akibat musimk hujan.

Colombia setakat ini mencatatkan lebih 1.2 juta kes postif COVID-19 dengan 35, 677 kes kematian.