awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan

Agensi
Agensi
06/05/2023
09:16 MYT
Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Polis London tahan beberapa individu mencurigakan
Sebuah operasi signifikan sedang dijalankan oleh pihak polis Metropolitan di pusat London- AP
LONDON: Polis Metropolitan London memaklumkan terdapat penangkapan beberapa para penentang kerajaan anti-monarki di kota itu pada pagi ini.
Memetik laporan BBC, penahanan itu termasuk ketua kumpulan Republik, Graham Smith.
Ini berikutan sebuah operasi signifikan sedang dijalankan oleh pihak Polis Metropolitan di pusat London.
Menurut pihak berkuasa, beberapa individu telah ditangkap di kawasan Carlton House Terrace atas kesalahan 'disyaki bertindak mencurigakan' serta boleh mengganggu ketenteraman orang awam.
Polis turut memaklumkan empat orang ditangkap di kawasan St Martin's Lane kerana tindakan mencurigakan yang boleh menyebabkan keresahan awam manakala tiga lagi orang ditangkap di kawasan Wellington Arch.
Dalam pada itu, jumlah tetamu jemputan di istiadat pertabalan Raja Charles III dilaporkan lebih kecil iaitu sekitar 2,000 tetamu.
Terdahulu, lebih daripada 8,000 orang menghadiri upacara penobatan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953.
Antara yang dijemput termasuklah ahli Keluarga Diraja, Perdana Penteri, wakil daripada Dewan Rakyat, ketua-ketua negara, dan ahli-ahli kerabat diraja dari seluruh dunia.
Jemputan dihantar kepada 850 wakil masyarakat dari seluruh dunia sebagai pengiktirafan atas sumbangan amal mereka.
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#Ratu Elizabeth II
#London
#Istiadat Pertabalan Raja Charles III
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan