awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akta 852: KKM laksana 25,643 aktiviti penguatkuasaan hingga 30 November 2025
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Afghanistan: Malaysia berhati-hati dalam optimistik - Saifuddin

Israr Khalid
Israr Khalid
10/09/2021
22:29 MYT
Isu Afghanistan: Malaysia berhati-hati dalam optimistik - Saifuddin
Secara prinsipnya, Malaysia mengiktiraf negara yang kerajaannya dipilih oleh rakyatnya, kata Saifuddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati namun pada masa sama tetap optimistik terhadap hubungan dengan Afghanistan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Jelasnya, menjadi pegangan polisi luar Malaysia sejak dari dahulu lagi untuk mengiktiraf mana-mana negara di dunia ini yang kerajaannya dipilih dan diangkat oleh rakyatnya.
Namun dalam hal Afghanistan hari ini, yang diambil alih oleh Taliban, tegas Saifuddin, Malaysia perlu teliti dalam menilai keadaannya.
“Kerajaan yang kita iktiraf itu mempunyai beberapa elemen yang bersesuaian dengan kepentingan Malaysia dan bersesuaian dengan kita.
“Contohnya kita rapat dengan Fatah (di Ramallah) dan berhubung dengan Gaza (ibu pejabat Hamas), kerana mereka dipilih oleh rakyat,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Selepas 20 tahun diceroboh dan ditadbir Amerika Syarikat (AS), Afghanistan memasuki episod baharu apabila Uncle Sam meninggalkan negara itu begitu sahaja dan diambil alih oleh Taliban.
Walaupun akhirnya Taliban berjaya mengusir penjajah dari tanah air mereka, konflik tercetus apabila kumpulan itu tidak dipilih oleh sebahagian besar rakyatnya untuk mentadbir negara.
Taliban mendakwa mereka sudah insaf dan berubah, namun sentimen kebencian yang menebal daripada rakyat yang memori dan trauma mereka masih jelas terhadap penindasan yang dihadapi setiap hari ketika mereka mentadbir negara sebelum ketibaan AS, tidak mudah untuk dilupakan begitu sahaja.
Kerana itu, kata Saifuddin, Malaysia akan terus berwaspada dan tidak tergesa-gesa untuk memperakui kerajaan mereka, dikhuatiri akan dipalit persepsi yang merosakkan reputasi negara.
“Ramai orang mengkritik sama ada kita ini demokrasi tidak liberal atau kuasi-demokrasi, tapi kita masih sebuah demokrasi. Jadi, rakyat memilih kerajaan di sesebuah negara. Itu perkara pertama yang kita lihat.
“Jadi, apabila itu tak berlaku, maka kita harus berhati-hati, sebab kalau kita terlalu cepat mengiktiraf sesuatu keadaan yang luar daripada kebiasaan, kita bimbang kepada kesan-kesan lain.
"Seolah-olah kita memberi signal bahawa kita tidak serius dengan demokrasi atau kita memberi signal bahawa kita mendukung sesuatu fahaman politik atau sesuatu ideologi yang radikal dan sebagainya,” tambahnya.
Saifuddin menjadi tetamu dalam program Agenda AWANI yang dihoskan oleh Nazri Kahar pada Jumaat. Tonton di sini:
Isu Afghanistan: Malaysia berhati-hati dalam optimistik - Saifuddin
Agenda AWANI: 100 Hari Pencapaian: Hala Tuju Dasar Luar
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Kementerian Luar
#Menteri Luar
#Datuk Saifuddin Abdullah
#Afghanistan
#Taliban
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan