awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut

Bernama
Bernama
08/01/2026
13:40 MYT
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
Polis menahan seorang lagi suspek pergaduhan menggunakan senjata disyaki parang di Jalan Pekan Lukut di sini pada 27 Dis lepas, menjadikan jumlah yang ditahan 10 lelaki. - Foto hiasan/BERNAMA
PORT DICKSON: Polis menahan seorang lagi suspek pergaduhan menggunakan senjata disyaki parang di Jalan Pekan Lukut di sini pada 27 Dis lepas, menjadikan jumlah yang ditahan 10 lelaki.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pada 8.05 malam dan kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.
"Hasil semakan mendapati tujuh daripada suspek tersebut mempunyai pelbagai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah. Kesemua mereka akan didakwa esok di Mahkamah Seremban dan Port Dickson," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata enam individu akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 326, 427 dan 323 manakala empat lagi dijadikan saksi.
Sebelum ini media melaporkan polis menahan sembilan lelaki disyaki terlibat dengan kes pergaduhan di Lukut dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pergaduhan bersenjata
#ditahan
#Polis Daerah Port Dickson
#Jalan Pekan Lukut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan