BEIJING: Hasil tinjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGTN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
Tinjauan umum selama dua hari bermula Sabtu itu yang menggunakan bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Mandarin, Inggeris, Rusia, Perancis, Sepanyol dan Arab.
Setakat 10 malam, Ahad, 90 peratus responden yang berbahasa Sepanyol menerusi platform Twitter bersetuju bahawa usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 telah dicemari politik.
Diikuti responden bertutur bahasa Perancis, Rusia, Inggeris dan Arab yang masing-masing mewakli 88 peratus, 83 peratus, 70 peratus dan 68 peratus.
Sementara itu, kadar persetujuan tersebut direkodkan sebanyak 83 peratus responden berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia menerusi platform Facebook, manakala 95 peratus melalui platform mikro blog China.
Menurut hasil tinjuan itu lagi, 83 peratus responden berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia menyuarakan sokongan mereka bahawa penyelidikan perlu dilakukan di pelbagai negara untuk mengesan asal usul COVID-19 menerusi platform Twitter.
Soalan yang sama juga turut mendapat sebanyak 79 peratus sokongan di platform Facebook dan 93 peratus di platform mikro blog China.
Selain itu kebanyakan responden memilih langkah "meningkatkan bekalan vaksin", "mempercepatkan tindakan perubatan dan rawatan" dan "menutup kawasan yang dilanda wabak" sebagai tugas mendesak untuk memenangi perjuangan melawan pandemik ini.
Hanya 17 peratus responden di platform Twitter dan dua peratus di platform Facebook memilih usaha mengesan asal usul koronavirus perlu dilakukan dengan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
83 peratus responden menyuarakan sokongan mereka bahawa penyelidikan perlu dilakukan di pelbagai negara untuk mengesan asal usul COVID-19 menerusi platform Twitter. - Reuters
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Kertas Putih Vaksin: KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti
Ia bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19.
COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.
67 peratus Orang Asli sudah divaksin - Mahdzir
Data terkini juga menunjukkan seramai 172,155 Orang Asli layak divaksin melibatkan golongan dewasa berjumlah 144,180 orang dan 27,975 remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
COVID-19: Vietnam lulus penggunaan vaksin Abdala
Vaksin Abdala adalah vaksin ke-8 yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Vietnam.
76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.
COVID-19: 72.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila lebih 17.02 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.
CITF diminta tambah tujuh lagi PPV bergerak di Johor - Menteri
CITF diminta untuk menambah tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar di Johor.
COVID-19: 65.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Perkembangan tersebut turut disumbang oleh pemberian vaksin harian dengan 369,280 dos semalam.
Sabah harap peroleh lebih 2.88 juta dos vaksin bulan ini
JKNS menyasarkan purata pemberian 60,000 dos vaksin itu dalam sehari kepada penduduk.
COVID-19: 65.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 65.1 peratus atau lebih 15.24 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin.