awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Laut China Selatan: Perlu diselesai cara ASEAN, bukan kaedah satu negara

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
10/10/2024
23:40 MYT
Isu Laut China Selatan: Perlu diselesai cara ASEAN, bukan kaedah satu negara
Mohamad bercakap kepada media susulan pertemuan ketua negara anggota ASEAN bersama China menerusi Sidang Kemuncak ASEAN-China yang berlangsung di Vientiane pada Khamis. - Foto Astro AWANI
VIENTIANE: Sebarang isu yang melibatkan tuntutan di kawasan Laut China Selatan harus diuruskan secara bersama menerusi pendekatan ASEAN (ASEAN Approach).
Menurut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, formula pendekatan ASEAN diperlukan kerana banyak negara litoral yang membuat tuntutan di kawasan tersebut.
“China menyatakan Laut China Selatan itu, biasalah, laut dia. Dia juga kata, (hujah) itu (berdasarkan) undang-undang antarabangsa. Kita (Malaysia) juga kata, kita ikut undang-undang antarabangsa.
“Tetapi, (dalam hal ini, kita boleh berbincang) melalui diplomasi dan saluran diplomatik, supaya pintu (perbincangan) tidak ditutup dan komunikasi tetap berjalan seperti biasa.
“Kita juga minta negara-negara (terlibat) jangan slam the door, (sebaliknya) duduk sama-sama, kerana ia perlu diuruskan menerusi pendekatan ASEAN dan mengikut kaedah sesuatu negara,” katanya.
Mohamad berkata demikian kepada delegasi media Malaysia ketika diminta mengulas mengenai pertemuan ketua negara anggota ASEAN bersama China menerusi Sidang Kemuncak ASEAN-China yang berlangsung di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, katanya, Malaysia berharap agar Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan kestabilan di kawasan tersebut.
“Laut China Selatan ini perlu diurus dengan baik kerana ia merupakan suatu kawasan yang diguna pakai oleh semua masyarakat antarabangsa dan negara-negara di ASEAN.
“Jadi, sebarang bentuk untuk memperakukan laut itu kepunyaan satu-satu pihak, itu akan mendatangkan masalah.
“Jadi, Malaysia, tiga tahun dari tahun ini akan jadi sebagai negara penyelaras dengan China. Jadi, tanggungjawab Malaysia untuk uruskan supaya CoC ini dapat kita muktamadkan, kalau boleh, dalam masa kepengerusian kita,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam blok ASEAN menyatakan komitmen dalam kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Ujarnya, ia selaras dengan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa yang diakui secara universal, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#ASEAN
#Laut China Selatan
#Sidang Kemuncak ASEAN-China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan