awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali catat peningkatan kes COVID-19

Bernama
Bernama
26/11/2022
03:50 MYT
Itali catat peningkatan kes COVID-19
Kadar jangkitan virus di seluruh negara melonjak kepada 1.04 dalam tempoh dua minggu dari 2 hingga 15 November. - Gambar fail
ROM: Itali melaporkan satu lagi penularan wabak COVID-19 dengan kadar jangkitan meningkat melebihi 1.0, menurut Institut Kesihatan Negara (ISS) pada Jumaat.
Laporan mingguan ISS mendapati kadar jangkitan virus di seluruh negara melonjak kepada 1.04 dalam tempoh dua minggu dari 2 hingga 15 November, peningkatan dramatik daripada 0.88 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, lapor Xinhua.
Di samping itu, jumlah keseluruhan kes sebanyak 388 bagi setiap 100,000 penduduk untuk minggu 18-24 November, meningkat daripada 353 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding seminggu sebelumnya.
Awal minggu ini, sebuah entiti pemantauan sektor kesihatan Yayasan Gimbe melaporkan berlaku peningkatan dalam jumlah keseluruhan kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi.
Yayasan itu juga memberi amaran mengenai peningkatan semula jangkitan ketika cuaca sejuk.
Itali tidak lagi menguatkuasakan sekatan kesihatan COVID-19 kecuali di hospital, rumah jagaan dan di beberapa kawasan tertentu.
Pihak berkuasa kesihatan masih memberikan vaksin COVID-19 untuk dos penggalak kedua kepada penduduk yang layak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Itali
#kesihatan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan