Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud

Azli berkata mangsa membuat lapan bayaran ke akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada rakan serta keluarga dari 26 hingga 28 Dis. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kedai roti kerugian RM27,147 selepas ditipu sindiket kerja sambilan tidak wujud, Khamis lepas.
Ringkasan AI
- Seorang pekerja kedai roti ditipu sindiket kerja sambilan palsu sehingga kerugian RM27,147, suspek memperkenalkan diri sebagai wakil platform e-dagang popular.
- Mangsa terpilih sebagai pemenang peraduan dan ditawarkan kerja sambilan 'like' dan 'view' hantaran di Instagram dengan bayaran lumayan, membuat lapan bayaran tetapi tiada keuntungan diperoleh.
- Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran kerja sambilan yang mudah dengan keuntungan besar, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Namun mangsa perlu membuat bayaran untuk mendapatkan tugasan dengan semakin banyak bayaran dibuat, semakin banyak tugasan dan keuntungan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata mangsa membuat lapan bayaran ke akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada rakan serta keluarga dari 26 hingga 28 Dis.
Mangsa bagaimanapun curiga apabila suspek mendesaknya terus membuat pembayaran sedangkan tiada keuntungan diperoleh menyebabkan dia membuat laporan polis petang semalam.
Azli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran kerja sambilan yang mudah dengan keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


