ATHENS: Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.
Kerajaan meluluskan langkah itu susulan cadangan oleh Menteri Perlindungan Awam Nello Musumeci, menurut Agensi Anadolu memetik agensi berita ANSA.
"Masalah tidak akan selesai selagi tiada campur tangan dan tanggungjawab oleh Kesatuan Eropah," kata Musumeci.
Dalam tempoh darurat ini, prosedur dan tindakan yang lebih pantas boleh dilaksanakan untuk menawarkan penyelesaian penerimaan pendatang dalam tempoh masa yang singkat dengan piawaian standard.
Sementara itu, Perdana Menteri Giorgia Meloni berkata keputusan itu bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih berkesan dan tepat pada masanya terhadap pengurusan aliran pendatang.
Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, Itali menyaksikan peningkatan ketara kemasukan pendatang dan pelarian yang mendarat di pantai selatannya dari Afrika Utara dengan lebih 3,000 orang tiba sejak tiga hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Keputusan itu bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih berkesan dan tepat pada masanya terhadap pengurusan aliran pendatang. -Gambar hiasan/AP
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang
Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.