awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali kenakan denda terhadap agensi pelancongan, borong tiket Colosseum

Bernama
Bernama
08/04/2025
23:30 MYT
Itali kenakan denda terhadap agensi pelancongan, borong tiket Colosseum
Colosseum kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama di Itali, menarik jutaan pelawat setiap tahun untuk menyaksikan tinggalan sejarah tempat pertarungan para gladiator zaman dahulu. - REUTERS
ROM: Pihak berkuasa persaingan Itali mengenakan denda keseluruhan berjumlah EUR20 juta (US$22 juta) terhadap sebuah agensi tiket dan beberapa agensi pelancongan dari dalam dan luar negara kerana memborong tiket ke Colosseum dan menjualnya semula pada harga lebih tinggi.
Menurut laporan agensi berita Jerman (dpa), syarikat-syarikat terbabit didapati menggunakan "bot" dan sistem automatik lain untuk membeli tiket masuk ke Colosseum dan kawasan arkeologi sekitarnya dalam jumlah besar.
Tindakan itu menyebabkan pelawat biasa sukar mendapatkan tiket rasmi, sebaliknya terpaksa membayar lebih untuk pakej yang merangkumi laluan pantas (skip-the-line) atau membayar pemandu pelancong.
Agensi CoopCulture -- yang mengendalikan penjualan rasmi tiket Colosseum dari 1997 hingga awal 2024 -- turut dikenakan denda kerana gagal menghalang amalan pembelian automatik itu.
Selain itu, enam agensi pelancongan dari Itali, Jerman, Belanda dan Ireland juga dikenakan tindakan kerana menjual semula tiket-tiket itu melalui platform masing-masing, dengan mengenakan caj tambahan yang tidak munasabah.
Colosseum, berusia lebih 2,000 tahun dan yang terbesar di dunia, kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama di Itali, menarik jutaan pelawat setiap tahun untuk menyaksikan tinggalan sejarah tempat pertarungan para gladiator zaman dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Colosseum
#borong tiket
#pelancongan
#Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan