ROM: Kerajaan Itali pada Jumaat melancarkan pakej 9.1 bilion Euro (AS$9.4 bilion) bagi membantu perniagaan dan keluarga yang bergelut menangani kos tenaga yang melambung tinggi.
Mengumumkan rancangan itu, Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata pakej itu akan menyediakan "tindak balas segera" terhadap keperluan ekoran bil tenaga yang lebih tinggi, lapor Xinhua.
Bedasarkan data sementara Institut Perangkaan Kebangsaan Itali (ISTAT), kos tenaga di negara itu pada Oktober adalah 73.2 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Harga tenaga global mula meningkat pada Februari, selepas bermulanya konflik antara Rusia dan Ukraine. Sejak itu Rusia telah mengurangkan sebahagian besar bekalan gas aslinya kepada negara anggota Kesatuan Eropah, termasuk Itali.
Itali amat terdedah kepada perubahan harga tenaga, kerana ia bergantung kepada import tenaga bagi tiga perempat daripada jumlah penggunaan tenaganya. Sebelum krisis di Ukraine, Rusia merupakan pembekal tenaga tunggal terbesar Itali, menyumbang 40 peratus daripada jumlah gas asli yang digunakannya. Angka itu kini turun kepada 15 peratus, dan semakin berkurangan.
Itali pada masa ini hanya mengeluarkan 5 peratus daripada keperluan gas aslinya di dalam negara.
Pakej bantuan terbaharu yang merupakan perundangan utama pertama kerajaan baharu Meloni, mengikuti siri pakej bantuan serupa yang diluluskan oleh kerajaan Mario Draghi. Menurut laporan media, pakej Draghi berjumlah sekitar 66 bilion Euro.
Dalam ucapannya kepada pemberita, Meloni berkata dekri baharu itu "melanjutkan langkah sedia ada ... dan menambah langkah baharu".
Pakej itu termasuk kredit cukai terhadap perbelanjaan tenaga untuk perniagaan dalam industri intensif tenaga, mengurangkan cukai ke atas pengagihan bahan api, satu langkah yang dijangka menurunkan harga di pam petrol sekitar 0.3 euro seliter. Terma itu akan terus berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini, kata Meloni.
Langkah baharu ini akan membolehkan perniagaan membahagikan bil tenaga mereka kepada sebanyak 36 ansuran, dan syarikat tenaga akan dilindungi daripada kemungkinan lalai melalui jaminan kerajaan. Langkah terdahulu yang membenarkan GSE, syarikat perkhidmatan tenaga negeri, menjual gas asli dengan had harga maksimum akan dilanjutkan hingga 31 Mac 2023.
Meloni juga memberikan butiran lanjut tentang rancangan untuk membenarkan penggerudian luar pesisir dalam medan gas dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, menawarkan kebanyakan gas asli yang dihasilkan kepada syarikat dalam sektor intensif tenaga seperti pengeluar kaca, seramik, kertas, besi dan keluli pada had harga terhad.
Sebelum krisis Ukraine cadangan itu dibantah oleh kumpulan alam sekitar ekoran kebimbangan impak pengerudian luar pesisir akan menjejakan garisan pantai Itali. (1 euro = AS$1.04)
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022

Itali amat terdedah kepada perubahan harga tenaga, kerana ia bergantung kepada import tenaga bagi tiga perempat daripada jumlah penggunaan tenaganya. - Gambar fail/Reuters

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

Piala Perancis: Marseille tunjukan PSG jalan keluar
Tanpa Mbappe yang cedera, PSG bergelut sepanjang 90 minit perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Itali jadi sasaran serangan siber
Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (ACN) beri amaran agar organisasi mengambil tindakan melindungi sistem komputer mereka.

Hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Itali positif COVID-19
Kerajaan Itali akan membuat ujian COVID-19 mandatori untuk semua ketibaan dari China selepas 50 peratus penumpang dalam dua penerbangan dari Beijing ke Milan disahkan positif virus berkenaan.

Itali alami kemarau paling teruk sejak 1800
Itali mengalami kemarau paling teruk sejak 1800 susulan panas melampau dan kekurangan hujan pada tahun ini, menurut Pusat Penyelidikan Kebangsaan Itali pada Selasa.

Menara Condong Pisa semakin menegak
Satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa menara itu semakin menegak hasil kerja-kerja penstabilan.

Pelepasan gas rumah hijau di Itali catat peningkatan
Pelepasan gas rumah hijau di Itali menunjukkan peningkatan meskipun penggunaan tenaga di negara ini adalah lebih rendah.

Jet tentera udara Itali terhempas di Silicy
Jet Eurofighter Typhoon dilaporkan terputus hubungan ketika menghampiri landasan untuk mendarat.

Tanah runtuh di Itali: Sekurang-kurangnya 8 maut, puluhan masih hilang
Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan sedozen lagi dilaporkan hilang pada Sabtu akibat tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di pulau Ischia, selatan Itali.

Itali catat peningkatan kes COVID-19
Kadar jangkitan virus di seluruh negara melonjak kepada 1.04 dalam tempoh dua minggu dari 2 hingga 15 November.

Cristiano Ronaldo sedia tinggalkan MU, sertai Fiorentina
Nama Fiorentina agak memeranjatkan memandangkan mereka bukanlah sebuah pasukan yang sinonim dengan pengambilan nama besar.

Itali umum pakej bantuan 9.1 bilion Euro untuk tangani harga tenaga yang melonjak tinggi
Giorgia Meloni berkata pakej itu akan menyediakan tindak balas segera terhadap keperluan ekoran bil tenaga yang lebih tinggi.