awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Keadilan AS lancar siasatan hak awam terhadap pembunuhan Pretti

Bernama
Bernama
31/01/2026
22:10 MYT
Jabatan Keadilan AS lancar siasatan hak awam terhadap pembunuhan Pretti
Orang ramai berkumpul di tapak memorial bagi memperingati Alex Pretti di Minneapolis, 31 Jan 2026. (Foto AP)
WASHINGTON: Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan terhadap insiden tembakan maut melibatkan rakyatnya, Alex Pretti, oleh pegawai persekutuan di Minneapolis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Jabatan Keadilan AS melancarkan siasatan terhadap tembakan maut Alex Pretti oleh pegawai persekutuan di Minneapolis, menyiasat sama ada hak awam Pretti dilanggar dalam insiden itu.
  • Kematian Pretti, jururawat 37 tahun, dalam operasi oleh DHS Minneapolis, mencetuskan kemarahan masyarakat dan protes terhadap tindakan pihak berkuasa yang disifatkan sebagai hukuman mati.
  • FBI dan DHS menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut, termasuk rakaman video, kenyataan saksi, dan bukti lain, membangkitkan perdebatan mengenai perlakuan berbeza dalam kes Pretti berbanding kematian Renee Good.

Timbalan Peguam Negara Todd Blanche mengesahkan perkara itu dalam sidang akhbar pada Jumaat. Menurut beliau, bahagian hak awam jabatan itu kini bekerjasama dengan FBI bagi menyiasat sama ada pegawai terlibat telah melanggar hak awam Pretti dalam insiden berkenaan.
Hak perlembagaan di AS memberikan perlindungan terhadap penggunaan kekerasan secara berlebihan.
Pretti, seorang jururawat berusia 37 tahun di Pusat Perubatan Hal Ehwal Veteran di Minneapolis, maut ditembak Sabtu lepas dalam satu operasi oleh pegawai persekutuan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) di Minneapolis.
Selepas kejadian itu, kedua-dua media tradisional dan media sosial menyiarkan rakaman video yang bercanggah dengan kenyataan awal daripada DHS, yang mendakwa Pretti telah mengancam pegawai dengan senjata.
Ketua DHS Kristi Noem dengan pantas melabelkan Pretti sebagai "pengganas domestik", satu kenyataan yang menimbulkan kemarahan rakan serta keluarga mangsa.
Kematian Pretti dan tindakan pihak berkuasa persekutuan dalam menguatkuasakan dasar imigresen telah mencetuskan kemarahan serta protes di Minnesota dan seluruh negara, dengan ramai pihak yang mengkritik insiden tembakan itu menyifatkannya sebagai satu hukuman mati.
"Kami sedang meneliti segala-galanya yang dapat memberi gambaran tentang apa yang berlaku pada hari itu, termasuk hari-hari dan minggu-minggu sebelum kejadian tersebut berlaku," kata Blanche dalam sidang akhbar itu.
Ini merangkumi rakaman video, kenyataan saksi serta bukti lain. FBI sedang menjalankan siasatan, manakala DHS turut melakukan siasatan dalaman secara berasingan.
Keputusan itu telah mencetuskan perdebatan tentang mengapa kes Pretti disiasat sebagai kemungkinan pencabulan hak awam, namun tidak bagi kematian Renee Good, yang juga ditembak oleh pegawai persekutuan di Minneapolis pada awal Januari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Minneapolis
#Jabatan Keadilan AS
#Alex Pretti
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan