DUNIA
Jakarta kembali tenang, Pramono Anung tegas Monas terbuka untuk semua agama

Bunga diletakkan di atas penghadang sementara seorang pegawai polis berkawal semasa tunjuk perasaan berlangsung. - Foto REUTERS
JAKARTA: Gabenor Jakarta, Pramono Anung, mengesahkan bahawa keadaan di ibu kota kini kembali stabil selepas dua minggu dilanda demonstrasi besar-besaran.
Ringkasan AI
- Ibu Kota Kembali Normal: Gabenor Pramono Anung sahkan Jakarta stabil selepas dua minggu demonstrasi; aktiviti harian berjalan seperti biasa.
- Momentum Keagamaan: Acara Jakarta Bersholawat dilihat sebagai penguat jiwa dan kebersamaan warga, berlangsung di Monas.
- Monas Terbuka untuk Semua: Pramono dan Timbalan Gabenor Rano Karno tegaskan Monas terbuka kepada semua kegiatan keagamaan pelbagai agama.
Menurut Pramono, acara keagamaan seperti Jakarta Bersholawat menjadi momentum penting untuk memperkuat jiwa masyarakat dan mempererat kebersamaan warga Jakarta.
Beliau turut menyatakan bahawa Monas kini terbuka kepada semua bentuk kegiatan keagamaan merentasi pelbagai agama.
Komitmen tersebut, katanya, turut dipersetujui bersama Timbalan Gabenor Jakarta, Rano Karno, sebagai usaha memperkukuh ruang kebersamaan dan toleransi di ibu kota.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami