SINGAPURA: Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
"Pada pemeriksaan Jun 2023, alat pemantau tekanan bahan api yang rosak telah diperbetulkan sebelum kapal itu berlepas dari pelabuhan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dali berdaftar di Singapura sejak Oktober 2016 dan dikelaskan mengikut klasifikasi ClassNK.
Sementara itu, MPA dalam kenyataan sebelum ini berkata syarikat pengurusan kapal, Synergy Marine Pte Ltd, melaporkan kepada agensi itu bahawa sebelum kejadian Dali mengalami masalah pendorongan seketika.
"Akibatnya ia tidak dapat mengekalkan arah yang dikehendaki dan bertembung dengan jambatan Francis Scott Key.
"Kapal itu telah menjatuhkan sauhnya sebagai sebahagian daripada prosedur kecemasan kapal sebelum impaknya dengan jambatan. Kapal itu berada di bawah pengawasan semasa kejadian," menurut MPA.
Agensi itu juga berkata Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan dan MPA dalam perjalanan ke Baltimore, Maryland untuk menyokong siasatan.
Pihak berkuasa mengumumkan enam individu dianggap terbunuh pada petang Selasa dan mereka telah beralih daripada operasi mencari dan menyelamat kepada usaha pembaikan, lapor media.
Kesemua 22 kru Dali selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Pihak berkuasa mengumumkan enam individu dianggap terbunuh pada petang Selasa dan mereka telah beralih daripada operasi mencari dan menyelamat kepada usaha pembaikan. - Gambar/ Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Jambatan Baltimore: Kapal ada sijil sah, lulus pemeriksaan dua pelabuhan luar - MPA
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah.