JAMES CAMERON yang juga pengarah filem Titanic tidak ketinggalan terkesan dengan berita kehilangan kapal selam Titan di Laut Atlantik sehingga mengorbankan nyawa lima penumpang.
Sutradara yang pernah menyentuh emosi sejumlah besar pencinta filem di seluruh dunia menerusi naskhah mega itu pada 1997 berkata kepada agensi berita BBC, kehilangan Titan dirasakan beliau sehingga ke tulangnya.
Masakan tidak perasaan tersebut menyelubungi Cameron kerana ketika mahu merealisasikan filem box-office itu, beliau telah melakukan 33 kali selaman ke lokasi Titanic karam.
Ahad lalu Cameron berada di sebuah kapal ketika Titan dilaporkan gagal dikesan dan sejak dari detik itu, beliau langsung tidak mendengar khabar terbaharu berhubung kejadian itu sehinggalah keesokan harinya tersiar berita di media massa.
Sebaik mengetahui kapal selam itu kehilangan sistem pemanduan dan komunikasi secara serentak, beliau serta-merta menduga terjadinya bencana.
"Saya dapat merasakan hingga ke dalam tulang apa yang telah berlaku. Kegagalan sistem elektronik dan komunikasi dan pengesan jejaknya gagal serentak - kapal selam itu hilang."
Tidak menunggu lama, Cameron segera menghubungi beberapa kenalannya yang juga pakar dalam komuniti kapal selam dan laut dalam bagi mendapatkan pandangan.
“Dalam tempoh masa sekitar sejam saya memperoleh fakta-fakta berikut. Mereka (kapal selam Titan) sedang turun. Mereka berada di kedalaman 3,500 meter dan menuju ke dasar pada kedalaman 3,800 meter.
"Komunikasi mereka terputus dan navigasi hilang… dan saya segera berkata, anda tidak boleh kehilangan komunikasi dan navigasi secara serentak tanpa bencana yang dahsyat atau peristiwa bencana yang sangat energetik. Dan yang pertama terlintas dalam fikiran saya ketika itu ialah letupan," ujar beliau lagi.
Pada Khamis, seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat memberitahu CBS News, pasukan keselamatan itu mengesan berlaku sesuatu yang aneh sebaik Titan terputus hubungan dengan pusat kawalan.
Cameron juga memberitahu BBC News pada minggu lepas: "Terasa seperti sandiwara yang berpanjangan dan menakutkan apabila orang ramai berbicara mengenai bunyi bising dan berbincang mengenai oksigen dan perkara-perkara lain".
"Saya tahu bahawa kapal selam itu berada tepat di bawah kedalaman dan posisi terakhir yang diketahui. Di situ Itulah di mana mereka menemukannya," katanya.
Ujar Cameron, sebaik jentera kawalan jauh dihantar untuk mengesan Titan pada hari Khamis, anggota pencari sudah ‘menemukannya dalam masa beberapa jam atau mungkin dalam masa beberapa minit'.
Agensi
Fri Jun 23 2023
James Cameron (gambar kecil) terkesan dengan berita kehilangan kapal selam Titan di Laut Atlantik sehingga mengorbankan nyawa lima penumpang.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
YouTuber terkaya dunia, Mr Beast dakwa diajak naik kapal selam Titan
YouTuber terkaya dunia, Mr Beast mendakwa sempat dijemput menjadi tetamu yang ikut melakukan ekspedisi tersebut, awal bulan ini.
Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan
Penyiasat letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.
Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup
Siasatan menyeluruh dilakukan bagi merungkai persoalan mengenai ketiadaan peraturan berhubung ekspedisi Titan ke lokasi bangkai Titanic.
Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan bahawa Pengawal Pantai AS akan memimpin siasatan mengenai insiden kapal selam itu.
James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan
Pengarah filem Titanic berkata, kehilangan Titan dirasakan sehingga ke tulangnya.
Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'
Jurucakap kapal induk kepada kapal selam Titan yang kini hilang di luar pantai Kanada mempertahankan OceanGate dengan mendakwa syarikat itu menjalankan "operasi yang sangat selamat".