awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan silap hitung atau berdepan tindak balas keras' - Amaran panglima Iran kepada AS

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2026
15:17 MYT
'Jangan silap hitung atau berdepan tindak balas keras' - Amaran panglima Iran kepada AS
Amir Sartip K. Heydari berkata Amerika harus bertindak secara bijaksana, jika tidak mereka bakal berdepan dengan tindak balas Iran yang tegas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Pemimpin tentera Republik Islam Iran memberi amaran kepada tentera Amerika Syarikat (AS) agar tidak silap dalam perhitungan mengenai kekuatan Tehran.

Ringkasan AI
  • Amir Sartip K. Heydari, Panglima Angkatan Tentera Darat Iran, memberi amaran tegas kepada Amerika Syarikat agar tidak tersilap perhitungan berhubung kekuatan Tehran. Iran menuntut Amerika bertindak bijaksana demi kepentingan rakyat AS, jika tidak akan berdepan dengan tindak balas yang keras.
  • Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, turut memberi amaran bahawa sebarang serangan AS ke atas Iran akan membawa kepada perang di peringkat serantau. Pergerakan armada laut AS di Teluk Parsi dan Selat Hormuz sejak tahun lalu menjadi isu yang ditekankan.
  • Pusat Operasi Tentera AS (CENTCOM) memberi amaran terbuka kepada Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berhubung rancangan latihan tembakan sebenar di Selat Hormuz. Media melaporkan kehadiran kapal induk USS Abraham Lincoln sebagai persediaan AS untuk serangan terhadap Iran, namun IRGC menafikan dakwaan tersebut.

Panglima Angkatan Tentera Darat Iran, Amir Sartip K. Heydari berkata Amerika harus bertindak secara bijaksana, jika tidak mereka bakal berdepan dengan tindak balas Iran yang tegas, lapor media rasmi Iran, IRIB News.
“Demi kepentingan rakyat Amerika diharapkan bertindak secara bijaksana terhadap Iran, mereka tidak seharusnya tersilap perhitungan, jika tidak pasti akan berdepan dengan tindak balas Iran dengan keras,” katanya semasa sidang media di Markas Pusat Khatam al-Anbia di Tehran hari ini.
Kenyataan Heydari dibuat susulan tentera AS membambah kekuatan armada lautnya di perairan Teluk Parsi dan Selat Hormuz sejak hujung tahun lalu.
Semalam, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, turut memberi amaran bahawa sebarang serangan oleh AS terhadap Iran akan mencetuskan perang di peringkat serantau.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa tentera Amerika Syarikat telah menempatkan kapal induk bertenaga nuklear USS Abraham Lincoln beserta armada pengiringnya di perairan Laut Arab, tanpa mendedahkan lokasi tepat.
Difahamkan kehadiran armada itu sebagai persiapan Washington untuk melakukan operasi serangan terhadap Iran sekali lagi.
Pada 30 Januari, Pusat Operasi Tentera AS (CENTCOM) secara terbuka memberi amaran kepada Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) agar tidak melaksanakan rancangan latihan tembakan sebenar di perairan Selat Hormuz.
Bagaimanapun, pegawai tertinggi IRGC telah menafikan dakwaan mengenai rancangan tersebut seperti yang telah dilaporkan media.
Untuk rekod, AS melakukan serangan terhadap tiga wilayah yang menempatkan loji nuklear iaitu di Fordow, Natanz dan Isfahan semasa perang 12 hari antara Israel dan Iran pada 13 sehingga 24 Jun tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Iran
#Asia Barat
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami