awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terlalu selesa dengan berita keberkesanan vaksin COVID-19 - WHO

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/11/2020
17:36 MYT
Jangan terlalu selesa dengan berita keberkesanan vaksin COVID-19 - WHO
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu ciapan Twitter pada Isnin memberitahu pihaknya sedar akan lonjakan kes COVID-19 yang berlaku di beberapa buah negara. - Foto AP
KUALA LUMPUR:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menegaskan bahawa ini bukan masanya untuk berasa selesa mahupun berpuas hati, meskipun sudah ada berita positif tentang keberkesanan vaksin COVID-19.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi kenyataannya pada Isnin memberitahu, pihaknya kini bimbang dengan lonjakan kes COVID-19 di beberapa buah negara.
"This is not the time for complacency. While we continue to receive encouraging news about #COVID19 vaccines & remain cautiously optimistic about the potential for new tools to start to arrive in the coming months"-@DrTedros
— World Health Organization (WHO) (@WHO) November 16, 2020
Menurutnya, di negara Eropah dan Amerika, petugas kesihatan dan sistem kesihatan mereka sudah mencapai tahap yang kritikal.
Justeru, katanya WHO telah mengeluarkan panduan dan alat untuk meningkatkan kapasiti tenaga kerja perubatan dan kesihatan awam serta persediaan termasuk kemudahan untuk menguruskan pesakit COVID-19.
Dalam pada itu, Dr Tedros menerusi ciapan di laman Twitternya mengakui bahawa vaksin amat diperlukan untuk membendung wabak tersebut.
“Sejak permulaan wabak COVID19, kami tahu bahawa vaksin sangat penting bagi mengawal pandemik itu.
“Namun, adalah penting untuk kita tekankan bahawa vaksin hanya akan melengkapkan alat perubatan lain yang kita miliki, bukan menggantikannya,” jelas Dr Tedros.
BACA: COVID-19: Penghasilan vaksin lebih pantas, kerajaan perlu jalani proses penilaian ketat
Since the beginning of the #COVID19 pandemic, we knew that a vaccine would be essential for bringing the pandemic under control. But its important to emphasise that a vaccine will complement the other tools we have, not replace them. #EB147 #ACTogether
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) November 16, 2020
Tambahnya, pembekalan awal vaskin COVID19 juga akan terhad, oleh itu petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko akan lebih diutamakan.
“Perkara ini diharapkan dapat mengurangkan jumlah kematian dan membolehkan sistem kesihatan mengatasinya, tetapi virus masih mempunyai banyak ruang untuk bergerak.
“Vaksin tidak akan menamatkan wabak COVID19. Kami masih perlu meneruskan langkah pengawasan, ujian saringan, pengasingan diri dan rawatan,” jelasnya lagi.
Lebih daripada 54.44 juta orang dilaporkan dijangkiti oleh COVID-19 di seluruh dunia dan 1,318,042 telah meninggal dunia akibat wabak itu, menurut laporan Reuters.
Jangkitan telah dilaporkan menular di lebih dari 210 negara dan wilayah sejak kes pertama wabak itu dikenal pasti di China pada bulan Disember 2019.
BACA: Moderna dakwa vaksinnya 94.5 peratus berkesan
BACA: Kehidupan boleh kembali normal sekiranya vaksin dapat digunakan secara meluas - Dr Sahin
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#ujian saringan
#kesihatan
#vaksin
#Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus
#vaccine
#Moderna
#Pfizer
#Ketua Pengarah WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan