awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad Abe tiba di kediamannya di Tokyo

Bernama
Bernama
09/07/2022
11:25 MYT
Jasad Abe tiba di kediamannya di Tokyo
Upacara memperingati Abe, 67, akan diadakan pada Isnin manakala pengebumian diadakan keesokan harinya dan dijangka dihadiri waris terdekat. - Gambar/ Reuters
ANKARA: Jasad bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meninggal dunia akibat ditembak semalam (Jumaat) dibawa ke kediamannya di Tokyo pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Perdana Menteri Fumio Kishida turut mengunjungi kediaman mendiang untuk mengucapkan takziah.
Menurut laporan media Jepun, upacara memperingati Abe, 67, akan diadakan pada Isnin manakala pengebumian diadakan keesokan harinya dan dijangka dihadiri waris terdekat.
Kematian Shinzo Abe | Suspek mengaku tembak, percaya khabar angin
Parti Demokratik Liberal (LDP) -- parti yang pernah dipimpin Abe -- dan parti-parti lain berikrar tidak akan membiarkan insiden itu mengganggu proses demokrasi.
Abe yang menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun, disahkan meninggal dunia kira-kira lima jam selepas dirawat.
Mendiang cedera di bahagian kanan lehernya apabila seorang penyerang berusia 41 tahun melepaskan tembakan ke arahnya.
Ketika kejadian, mendiang sedang berucap bagi meraih undi untuk calon LDP menjelang pilihan raya Dewan Negara pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#bekas perdana menteri Jepun
#pengebumian
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan