Satu kemalangan berlaku pada petang Khamis, apabila sebuah jejantas yang baru siap dibina di Universiti Antarabangsa Florida runtuh dan mengakibatkan sekurang-kurangnya empat terkorban.

Ketua Pegawai Bombda Miami, Dave Downey mengesahkan perkara itu dan turut menambah, pasukannya mendapati 10 mangsa tercedera. Sementara itu, bilangan mangsa yang terperangkap di bawah struktur jejantas belum dikenal pasti.

Sekurang-kurangnya empat orang terkorban, apa apabila sebuah jejantas yang baru dibina dekat Universiti Antarabangsa Florida di Miami runtuh pada petang Khamis.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Bomba Miami, Dave Downey yang memaklumkan 10 mangsa telah mengalami kecederaan akibat nahas tersebut.

Bilangan mangsa yang terperangkap di bawah struktur jejantas tersebut juga belum dikenal pasti.

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap.

Menurut laporan BBC, struktur jejantas yang runtuh mengakibatkan lapan lorong di lebuh raya di situ terjejas, dan merosakkan sekurang-kurangnya lapan buah kenderaan.

BACA: 10 dikhuatiri maut dalam insiden jejantas runtuh di Florida

“Usaha menyelamat dan mencari mangsa pasti memakan masa yang lama. Kami akan menambah bilangan penyelamat sehingga malam ini,” kata Downey.

Pengarah Pakar Bedah, Dr Mark Mckenney daripada Regional Medical Centre memberitahu, 10 mangsa yang cedera itu sedang dirawat termasuk dua daripadanya yang kritikal.

Jejantas seberat 950 tan sepanjang 53 meter itu baru sahaja siap dibina pada Sabtu lalu.