awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma

Bernama
Bernama
27/11/2024
11:43 MYT
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Pihak berkuasa menyeru orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, mengamalkan kebersihan tangan, dan berjumpa doktor sekiranya gejala berterusan. - Gambar hiasan/ AP
TOKYO: Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov, menurut Institut Penyakit Berjangkit Negara.
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding minggu-minggu sebelumnya dan merupakan yang tertinggi sejak sistem pemantauan semasa diperkenalkan, lapor Xinhua.
Pneumonia mycoplasma, jangkitan bakteria yang sering dikesan dalam kalangan kanak-kanak, merebak melalui titisan atau sentuhan dan menimbulkan gejala seperti batuk berterusan, demam, keletihan, dan sakit kepala.
Walaupun banyak kes sembuh tanpa komplikasi yang teruk, sesetengah kes boleh berkembang menjadi radang paru-paru serius yang memerlukan rawatan di hospital.
Wilayah Fukui mencatatkan purata kes tertinggi dengan 8.83 kes setiap institusi perubatan, diikuti oleh Aomori (5.0), Kyoto (4.71), dan Hokkaido (4.59).
Bandar-bandar utama seperti Tokyo dan Osaka juga mencatatkan kadar yang tinggi, iaitu 4.32 dan 3.17.
Pihak berkuasa kesihatan awam menyeru orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, mengamalkan kebersihan tangan, dan berjumpa doktor sekiranya gejala berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#COVID-19
#pneumonia mycoplasma
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan