awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun dilanda banjir besar, lebih 530,000 penduduk dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2025
08:35 MYT
Jepun dilanda banjir besar, lebih 530,000 penduduk dipindahkan
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran khas tahap tertinggi untuk wilayah Kagoshima dan Miyazaki. -Foto Kyodo News via AP
KAGOSHIMA: Hujan lebat luar biasa melanda wilayah selatan Jepun, khususnya di pulau Kyushu, mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh yang memaksa lebih 530,000 penduduk dipindahkan serta-merta dari kawasan berisiko tinggi.

Ringkasan AI
  • Hujan lebat luar biasa melanda selatan Jepun, khususnya di Kyushu, menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh yang memaksa lebih 530,000 penduduk dipindahkan serta-merta.
  • Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran khas tahap tertinggi untuk Kagoshima dan Miyazaki, dengan hujan melebihi 490 milimeter dalam 24 jam dan keadaan disifatkan sebagai amat berbahaya.
  • Kerajaan Jepun menubuhkan pasukan khas untuk menyelaras bantuan, sementara perkhidmatan pengangkutan awam lumpuh dan penduduk diarah mencari perlindungan jauh dari sungai dan cerun.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran khas tahap tertinggi untuk wilayah Kagoshima dan Miyazaki.
JMA menyifatkan keadaan sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini dan memberi amaran bahawa keadaan sangat berbahaya.
Lebih 490 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan, menjadikannya rekod tertinggi setakat ini.
Di bandar Aira, tanah runtuh menimbus sebuah rumah, menyebabkan dua mangsa terperangkap namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.
Seorang wanita berusia 30-an dilaporkan hilang, manakala beberapa rumah lain turut dilaporkan runtuh.
Rakaman televisyen menunjukkan air keruh mengalir deras merentasi sungai yang melimpah, membanjiri kediaman dan premis perniagaan.
Di Kirishima, air banjir mencecah paras lutut di sebuah pusat beli-belah. Perkhidmatan pengangkutan awam lumpuh sepenuhnya, dengan tren dan bas dihentikan operasi, manakala puluhan penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Kagoshima dibatalkan.
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, telah menubuhkan pasukan khas bagi menyelaras tindak balas kecemasan dan bantuan kepada mangsa.
“Kerajaan akan melakukan segala yang termampu untuk melindungi nyawa dan keselamatan anda,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
JMA menjelaskan bahawa sistem tekanan rendah yang aktif di rantau Kyushu dijangka terus membawa hujan lebat dan ribut petir sehingga lewat Jumaat.
Pegawai JMA, Shuichi Tachihara, menyeru penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal dan tidak menunggu arahan rasmi untuk berpindah.
Pihak berkuasa tempatan turut menggesa penduduk agar mencari perlindungan di bangunan yang terletak jauh dari sungai dan cerun, serta mengelakkan kawasan yang mudah dinaiki air.
Kementerian Tanah memberi amaran bahawa beberapa sungai berisiko tinggi untuk melimpah atau telah pun melimpah melepasi benteng.
Insiden ini berlaku selepas Jepun mengalami gelombang haba yang mencatatkan suhu tertinggi negara iaitu 41.8°C, menambah tekanan kepada sistem kecemasan dan kesihatan awam.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#Jepun
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan