awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun, G7 akan selaras tindakan terhadap ketegangan di Asia Barat - PM Ishiba

Bernama
Bernama
13/06/2025
20:30 MYT
Jepun, G7 akan selaras tindakan terhadap ketegangan di Asia Barat - PM Ishiba
Ishiba menyifatkan serangan tentera Israel ke atas Iran sebagai "sama sekali tidak boleh diterima" dan "amat dikesali." - Gambar fail/REUTERS
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba berkata pada Jumaat bahawa Tokyo akan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan dalam Kumpulan Tujuh (G7) bagi membantu meredakan ketegangan di Asia Barat susulan serangan tentera Israel ke atas Iran, lapor agensi berita Kyodo.
Beliau berkata Jepun akan menyatakan pendiriannya semasa Sidang Kemuncak G7 yang akan datang di Kanada, yang dijadual bermula Isnin, sambil menekankan kepentingan usaha antarabangsa yang diselaraskan bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing.
Ishiba, yang turut mengecam serangan Israel, menyifatkan tindakan itu sebagai "sama sekali tidak boleh diterima" dan "amat dikesali."
"Segala tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan mesti dielakkan," katanya kepada media, merujuk kepada serangan Israel dan tindak balas yang dilaporkan daripada pihak Iran.
Jepun, yang secara tradisinya mengekalkan hubungan baik dengan Iran berikutan kebergantungan terhadap bekalan minyak mentah dari negara itu, telah lama mengamalkan pendekatan diplomatik yang seimbang di rantau berkenaan.
Terdahulu pada Jumaat, Israel mengumumkan telah melancarkan serangan ke atas "berpuluh-puluh sasaran ketenteraan" di Iran, termasuk kemudahan nuklear.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata operasi ketenteraan itu akan diteruskan "selama mana yang diperlukan untuk menghapuskan" ancaman.
Sementara itu, Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya dalam satu sidang media berkata keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah "amat penting" bagi Jepun dan menggesa semua pihak agar mengamalkan "tahap kawalan diri yang maksimum."
Iwaya turut memaklumkan bahawa Tokyo akan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat Jepun di rantau itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Jepun
#Shigeru Ishiba
#G7
#ketegangan
#Asia Barat
#Israel
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami