awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik

Bernama
Bernama
09/12/2024
08:19 MYT
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Jepun akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa untuk membantu menyelesaikan krisis di Syria dan mencapai keamanan serta kestabilan di rantau itu dalam jangka panjang. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria, lapor agensi berita Kyodo.
Jurucakap utama kerajaan Yoshimasa Hayashi berkata Jepun "sangat bimbang" tentang keadaan kemanusiaan yang semakin teruk, menggesa semua pihak terlibat supaya menghentikan keganasan, mematuhi undang-undang antarabangsa dan meredakan ketegangan di rantau Timur Tengah.
"Kami memantau perkembangan di Syria dengan kebimbangan yang mendalam.
"Kami sangat berharap agar keganasan akan berakhir secepat mungkin, dan semua rakyat Syria dapat menikmati kebebasan dan kemakmuran" manakala hak asasi manusia dilindungi," kata Ketua Setiausaha Kabinet Hayashi dalam satu sidang media pada Isnin.
Beliau menambah bahawa Jepun akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa untuk membantu menyelesaikan krisis di Syria dan mencapai keamanan serta kestabilan di rantau itu dalam jangka panjang.
Kenyataan beliau dibuat selepas kumpulan anti-rejim menguasai ibu negara Damsyik pada Ahad dan Presiden Bashar al-Assad melarikan diri ke luar negara, menamatkan pemerintahan keluarga Assad yang menjangkau lebih setengah abad. Syria telah dilanda perang saudara sejak 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#Jepun
#krisis asia barat
#kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan