FUKUSHIMA: Operasi perkhidmatan kereta api di bandaraya Fukushima digantung sementara selepas gempa bumi melanda perairan pantai Honshu pada Rabu.

Namun tidak sampai 24 jam, syarikat pengendali kereta api terus menghantar kakitangannya untuk membaik pulih kerosakan tersebut.

Gempa kuat berukuran 7.4 magnitud itu mengakibatkan lantai di stesen keretapi itu mengalami keretakan.

Gegaran turut dirasai di bandar Sendai, ibu kota Miyagi yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Fukushima.

Penduduk tempatan menyifatkan kekuatan gegaran itu sehingga rumah mereka seolah-olah terangkat.

Beberapa gegaran susulan juga dilaporkan selepas itu.