TOKYO :Jepun mula membenarkan kemasukan warga asing dari seluruh dunia bermula Khamis, namun bukan dari kalangan pelancong.
Sebagai langkah terus memerangi penularan COVID-19 di negara itu, warga asing yang dibenarkan adalah dari golongan profesional seperti pendidik, pakar perubatan, pelajar dan lain-lain.
Memetik laporan antarabangsa, mereka berkelayakan untuk penginapan jangka sederhana atau panjang selama tiga bulan atau lebih.
Warga asing yang layak perlu diuji negatif COVID-19 sebelum masuk atau sebaik sahaja tiba di Jepun.
Manakala penaja mereka, seperti syarikat atau organisasi yang terlibat diharap dapat memastikan mereka melakukan pengasingan diri selama 14 hari dan sepanjang tempoh itu mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan pengangkutan awam.
Kerajaan menyatakan akan mempertimbangkan kemasukan 1,000 warga asing ke negara itu setiap hari, khususnya kepada mereka yang merancang untuk tinggal selama tiga bulan atau lebih, sambil berusaha meningkatkan jumlahnya pada bulan-bulan seterusnya.
Terdahulu, Jepun membenarkan warga asing dengan status penduduk Jepun yang berada di luar negara baru-baru ini diizinkan masuk semula, manakala ekspatriat dan penduduk jangka panjang lain dari beberapa negara Asia juga telah dibenarkan masuk ke negara itu.
Ini termasuk dari Vietnam, Thailand dan tujuh ekonomi lain yang membuat perjanjian timbal balik.
Agensi
Thu Oct 01 2020

Warga asing yang dibenarkan masuk ke Jepun adalah dari golongan profesional seperti pendidik, pakar perubatan, pelajar dan lain-lain. - Reuters

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan peruntukan RM200,000.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Prestasi skuad sepak takraw membanggakan, berpotensi jadi juara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari ini menyifatkan prestasi skuad sepak takraw negara sebagai membanggakan dan berpotensi merampas gelaran juara.

Mayat DJ terkenal Thailand ditemukan dengan kesan tembakan di kepala
Polis menahan dua suspek dan menyiasat kemungkinan suspek ketiga, dengan motif dipercayai berkaitan konflik cinta.

Piala Asia: Ahmad Jais akui regu berpasukan negara belum cukup kuat
Beliau akan membuat penilaian penuh bagi memastikan skuad negara dapat menewaskan seteru utama itu pada kejohanan yang akan datang.

Piala Asia: Penantian 34 tahun berlarutan, Thailand tewaskan Malaysia 2-0
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar menutup kempen dengan dua trofi menerusi acara kuadran dan regu.

Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Misi belum selesai - Syahir
Mohammad Syahir enggan terlalu dibuai dengan kejayaan merangkul gelaran acara regu setelah menewaskan Thailand pada malam Khamis.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Bront Palarae menang trofi Pelakon Pembantu Terbaik di anugerah Thailand
Aktor, Bront Palarae melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 di Thailand.